A
ssalamu'alaikum wa
Rahmatullahi wa Barakatuh,
Firman Allah SWT
bermaksud; "Bagaimana kamu
kufur dengan Allah dan adalah kamu itu mati
maka kamu dihidupkan,
kemudian kamu dimatikan
kemudian kamu dihidupkan
kemudian kepada-Nya kamu
dikembalikan"
(Surah Al- Baqarah : Ayat 2 Adapun tanda-tanda kematian
mengikut ulamak adalah
benar dan ujud .Cuma amalan
dan ketakwaan kita sahaja
yang akan dapat membedakan
kepekaan kita kepada tanda- tanda ini.
Rasulullah SAW
diriwayatkan masih mampu
memperlihat dan
menceritakan kepada keluarga
dan sahabat secara lansung
akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal
hinggalah akhirnya hayat
Baginda. Imam Ghazali
rahimahullah diriwayatkan
memperolehi tanda- tanda ini
sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk
menghadapi sakaratulmaut
secara sendirian. Beliau
menyediakan dirinya dengan
segala persiapan termasuk
mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika
sampai bahagian tubuh dan
kepala sahaja beliau telah
memanggil abangnya iaitu
Imam Ahmad Ibnu Hambal
untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika
Imam Ahmad bersedia untuk
mengkafankan bahagian
mukanya.
Adapun riwayat -
riwayat ini memperlihatkan
kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah
berlaku zalim kepada
hambanya. Tanda-tanda yang
diberikan adalah untuk
menjadikan kita umat Islam
supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan
menghadap Allah SWT.
Walaubagaimanap un semua
tanda-tanda ini akan berlaku
kepada orang-orang Islam
sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang
menyekutukan Allah nyawa
mereka ini akan terus di rentap
tanpa sebarang peringatan
sesuai dengan kekufuran
mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini
terbahagi kepada beberapa
keadaan :
Tanda 100 hari
sebelum hari mati.
Ini adalah
tanda pertama dari Allah
SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh
mereka- mereka yang
dikehendakinya.
Walau bagaimanapun semua
orang Islam akan mendapat
tanda ini cuma kepada mereka sadar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari
hujung rambut sehingga ke
hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan- akan
mengigil. Contohnya seperti
daging lembu yang baru
disembelih dimana jika
diperhatikan dengan teliti
kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan
bagi mereka sadar dan berdetik
di hati bahawa mungkin ini
adalah tanda mati maka
getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sadar akan
kehadiran tanda ini. Bagi
mereka yang tidak diberi
kesadaran atau mereka yang
hanyut dengan kenikmatan
tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan
lenyap begitu saja tanpa
sebarang munafaat. Bagi
yang sadar dengan kehadiran
tanda ini maka ini adalah
peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang
ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan
yang akan dibawa atau
ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan
berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan
berdenyut- denyut. Pada
ketika ini daun yang tertulis
nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas
Arash Allah SWT. Maka
malaikatmaut akan
mengambil daun tersebut dan
mula membuat persediaannya
ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa. Akan terjadi
malaikatmaut ini akan
memperlihatkan wajahnya
sekilas lalu dan jika ini
terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-
akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini
wujudnya cuma seorang
tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah
nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini
akan diberikan hanya kepada
mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan
secara tiba-tiba ianya
berselera untuk makan.
Tanda
3 hari
Pada ketika ini akan
terasa denyutan di bahagian
tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan
maka berpuasalah kita selepas
itu supaya perut kita tidak
mengandungi banyak najis
dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam
kita tidak akan bersinar lagi
dan bagi orang yang sakit
hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya
dari bahagian sisi. Telinganya
akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-
ansur masukke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan
dan sukar ditegakkan.
Tanda 1
hari
Akan berlaku sesudah
waktu Asar di mana kita akan
merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana
ini menandakan kita tidak
akan sempat untuk menemui
waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya
akan turun ke pinggang dan
seterusnya akan naik ke
bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus
mengucap kalimah syahadah
dan berdiam diri dan
menantikan kedatangan
malaikat maut untuk
menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan
sekarang akan mematikan
pula.